Saturday, 1 September 2012

Jalan-jalan di Vietnam... Chu Chi Tunnel...


Alhamdulilah... syukur pada Allah... pada Jun 2012 lalu ...  saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Vietnam... bandaraya Ho Chi Minh...


Gambar tu depan hotel... macam-macam buah-buahan ade jual kat sini... buah laici memang manis sangat kat sini tapi buah longan tak sedap sanngat...buah nona... buah bidara...buah ciku memang besar... macam2 buah ada... semua nak rasa... harga pun ok...



Pagi ni... nak pegi Chu Chi Tunnel,,,
Chu Chi Tunnel ni jauh jugak dekat 2 jam juga perjalanan ke situ... kawasan dia jauh dari pekan ... kawasan hutan sebab kawasan ni dulunya tempat persembunyian askar Vietnam... 
kalau datang ke Vietnam mesti datang ke sini... memang menarik dan rasa kagum dengan semangat mereka berjuang demi negara mereka... 


sebelum masuk kita akan diberi cop masuk yang dilekat kat baju atau tudung... lepas tu masuk dalam dengar penerangan dan tengok video dulu... masa datang ni ramai orang putih kat sini ... melawat sedara mara deme yang mati kat sini kut...

Sepanjang perjalanan dalam ni kita akan tengok banyak perangkap yang dipasang dalam terowong tu ... sangat tajam dan mengerikan,,, 









 Semuanya melihat dengan penuh khusyuk.... dengar taklimat lagi tapi semua dalam bahasa Inggeris yang bertelo bahasa Vietnam... kadanng2 susah juga nak faham... 




Kawasan ni hampir dengan sungai jadi ... tanah dia memang macam tanah liat sikit... ada busut yang dibuat dan ada yang semulajadi... sesetengah busut adalah tempat pengudaraan terowong bawah tanah dan tempat mengintip,,,,


 Askar Vietnam menyorok dalam terowong ni melalui lubang rahsia... lubang memang kecil sesuai untuk orang Vietnam je... orang Malaysia memang tak boleh masuk...




ni tour guide kami,,, ,memang kecil orangnye boleh le masuk...




bergambar dengan patung askar Vietnam... sebab askar sebenar tak de kat situ...



posing depan  kereta kebal....



kalau datang sini mesti menembak guna peluru hidup... tapi bunyinye... ya Allah nasib baik kita tak pernah menghadapi peperangan... bunyi peluru sangat menakutkan... rasanya bunyinya sampai ke jantung.. 





 Selamat masuk ke dalam terowong tetapi jalan masuknya dah dibesarkan... tapi suasana kat dalam sana memang menakutkan rasa macam masuk dalam lubang kubur je... dalam tu kita kena merangkak kerana ketinggiannya  dalam setengah meter je rasanya.... memang tak boleh berdiri...  terasa betapa azabnya mereka yang terpaksa hidup dalam tu... panas... gelap... sesak nafas pun ada sebab pengudaraannya terhad... 



Lepas tu deme jamu dengan ubi rebus cicah kacang.. makan je le minum dengan teh deme tapi teh tak sedap sebab tawar sangat.. tapi kat Vietnam kopi dia memang best... terbaik...




Alhamdulillah selamat perjalanan ke Chu Chi Tunnel... lama juga kat sini hampir 2 jam... lepas tu pergi makan tengahari..


Makan Kat Shamsudin Restaurant... sedap... tapi tak sempat ambik gambar makanan... sebab bila nak makan lupa nak ambik gambar...


Tapi kat Vietnam ni bagusnya makanannya berasaskan sup ... supnya tak macam tomyam tapi masam2 sikit.. sedap... lagi satu sayur memang banyak... nasi pun sedap...
Insyaallah akan datang lagi ...

Selepas makan tengahari... bergerak ke Post Office Ho Chi Minh...kemudian ke Ben Tanh Market...
















No comments:

Post a Comment