Hari ketiga ... kami berpeluang... mengunjungi delta mekong...
Perjalanan ke Delta Mekong ni memang jauh dari pusat bandar Ho Chi Minh.... rasanya jauh lagi dari pergi ke Chu Chi Tunnel semalam...
Sepanjang perjalanan kita akan nampak terusan... atau sungai kecil .... sesetengah sungai tu ada kapal yang masih lagi masuk...
Sepanjang sungai kecil tu ada banyak rumah.... rumah di Ho Chi Minh kebanyakannya dalam bentuk rumah flat.... tinggi... hotel pun macam tu... dalam dia ok...
sebelum sampai ke Delta Mekong kami singgah sebentar di sebuah perhentian... cantik kawasannya... disini ada juga dijual cenderamata...
Kebanyakan tour ke Delta Mekong akan singgah di sini... banyak bas dan van tour di sini...
Kat tepi jalan tu tiba-tiba nampak budak sedang ditindik...buat kat tepi jalan je... betul-betul tepi jalan besar...
Di pintu masuk tempat perhentian Mekong Rest...
Naik bas semula... teruskan perjalanan ke Delta Mekong...
Dah sampai ke Delta Mekong.... naik bot dulu.... lepas tu pakai jaket keselamatan... rasanya Sungai Perak pun kalau buat macam ni.... boleh buat tempat pelancongan..
Ikan kaloi tapi warna putih... ini tempat penyediaan gula-gula dari kelapa... tak beli apa-apa pun... tak minat sangat dengan gula-gula...
Kemudian.. kami bergerak ke tempat madu... tapi lupa nak ambil gambar... diaorang bagi minum madu... kemudian dia jual madu ... ramai juga yang beli..
selepas tu pergi satu lagi gerai... di sini kita dijamu dengan buah-buahan sambil menikmati persembahan... gadis-gadis vietnam...
Selepas makan buah-buahan tu... kami melalui jalan kecil menuju ke tepi sungai...
Sebelum naik sampan kecil tu... kami diberi penerangan... salah satu yang dipesan agar tangan senantiasa dijaga agar tidak terkena dengan sampan yang senantiasa berselisih nanti... kemudian kami diberi topi vietnam... rasa macam pelarian vietnam pulak...
No comments:
Post a Comment